
Selasa, 29/05/07 –
Seorang penduduk Israel wanita mati manakala seorang lagi cedera di Sdeirot, selatan Israel setelah roket Palestin yang dilancarkan dari Ghaza jatuh di atas kereta mereka berdua. Ia berlaku berikutan empat rakyat Palestin mati dalam pengeboman Israel ke atas Ghaza.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah menyertai majlis pengebumian sembilan orang yang mati semalam di Ghaza.
Haniyeh menegaskan ketika menyertai perarakan serta dikerumuni dengan saranan supaya membalas tindakan jahat Israel bahawa rakyat Palestin akan kekal bertahan dan memberi sokongan kepada pejuang.
Dalam pada itu, perunding hubungan luar Kesatuan Eropah, Benetta Faldnor berkata dalam sidang media di Oslo bahawa keganasan terhadap Israel tidak akan membantu untuk mencapai sasaran rakyat Palestin bagi meminta menyambung semula bantuan Eropah secara langsung kepada kerajaan.
Walaupun begitu, perunding Eropah tersebut mengelak untuk mengecam serangan Israel yang berterusan ke atas semenanjung Ghaza.
Dalam pada itu, Rusia mengkritik penggunaan kekuatan tentera “yang melampau†oleh Israel terhadap Palestin