Bebaskan Menteri Palestin Yang Diculik Rejim Zionis.


Rabu, 30/05/07 –Dr. Ahmed Bahar selaku Speaker PLC pada Isnin lepas menyeru parlimen dunia dan semua yang inginkan keamanan supaya mendesak kerajaan Israel untuk melepaskan menteri-menteri Palestin yang telah diculik.

Bahar berterusan mengecam IOA berikutan langkah-langkah agresif yang dilakukan pada warga Palestin terutama mereka yang berhak iaitu wakil-wakil yang telah dilantik.

“Kita ulangi pendirian kami bahawa perbicaraan terhadap MP yang diculik adalah bersifat perkauman dan tidak sah,” beliau gariskan. Bahar memberi komen tentang perbicaraan Israel Ahad lalu terhadap Speaker PLC yang diculik, Dr. Aziz Dwaik dan seorang lagi MP di mana penculikan mereka dilanjutkan sehingga Julai depan tanpa ada justifikasi yang sah.

PLC akan terus menggantung sesi persidangan mereka bagi menghalang langkah-langkah Israel yang menculik tanpa mengira keadaan anggota-anggotanya, dan memanggil semua penggubal undang-undang dengan menggunakan segala usaha yang mampu bagi menjamin untuk mengadakan persidangan jawatankuasa majlis dan menganggap peranan yang boleh mereka mainkan.