Categories
Berita Semasa

Polis Israel tingkatkan pengawasan di Kota Baitulmuqaddis sempena perayaan Shavuot.

Isnin, 05-06-2017 – Rejim Israel menggerakkan anggota polisnya untuk meningkatkan pengawasan di Kota Lama Baitulmuqaddis bagi memberi kemudahan kepada pendatang Yahudi memasuki Tembok al-Buraq sempena cuti umum menyambut perayaan Shavuot yang jatuh pada hari Rabu, 31 Mei.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak polis Israel, di malam sambutan perayaan Shavout yang diadakan di Tembok al-Buraq itu, pada masa yang sama umat Islam sedang melakukan sembahyang sunat Terawih di masjid al-Aqsa.

Polis rejim turut mengumumkan akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan pengawasan terhadap warga Palestin yang memasuki kota tersebut tanpa surat kebenaran dan kepada sesiapa sahaja yang cuba menawarkan pengangkutan atau tempat tinggal kepada pengunjung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin