
Isnin, 05-06-2017 – Forum Wartawan Palestin menyelar pihak berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat kerana menahan 2 wartawan serta menyerbu kediaman mereka dan merampas computer riba serta kamera. Ia turut menyelar PA kerana mengganggu para wartawan.
Menurut forum tersebut, perisikan PA di Salfit menahan bekas pengarah akhbar Filistin, Walid Khaled pada Ahad di Tebing Barat. Beliau merupakan bekas tahanan yang telah dipenjarakan selama 15 tahun di penjara Israel dan juga pernah ditahan lebih daripada sekali di penjara PA.
Pihak keselamatan pencegahan PA di Bethlehem menahan seorang wartawan Qutaiba Qasem setelah beliau dipanggil untuk disoal siasat pada pagi Isnin. Beliau juga merupakan bekas tahanan yang telah menjalani hukuman penjara selama 4 tahun di penjara Israel dan telah ditahan beberapa kali di penjara PA.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati