Pegawai undang-undang diculik, Datuk Bandar mengancam mengadakan mogok lapar.


Rabu, 30/05/07 –Pegawai undang-undang Palestin yang diculik dan datuk Bandar yang ditahan di pusat tahanan Hawwara rejim Zionis mengancam untuk mengadakan mogok lapar sekiranya rejim Zionis masih mengabaikan keperluan makanan dan ubatan mereka.

Peguam dari Nafha yang menguruskan hal ehwal tahanan Palestin di kem tahanan Israel mengatakan bahawa penculikan MP Dawood Abu Sier dari pergerakan Hamas dan beberapa orang yang lain lagi telah membawa kepada ancaan mogok lapar tersebut. Berdasarkan laporan peguam, pihak penjara rejim Zionis telah menahan ubat-ubatan dan pakaian yang dibawa oleh keluarga tahanan.

Beberapa hari yang lepas, rejim Zionis telah membebaskan penculikan besar-besaran yang dilakukan terhadap pemimpin Hamas, di mana rejim Zionis telah menahan 33 pegawai PA, termasuk pegawai pendidikan Dr. Naser Al-Dein Al-Shaer, Wasfi Kabaha (menteri besar), dan Adly Ya’aeesh, datuk Bandar Nablus.

Peguam lain pula menegaskan bahawa rejim Zionis telah meletakkan tahanan Palestin iaitu Husni Sharief Al-Ness, 26 dari bandar Oalqilia di bawah kementerian tahanan setelah disoal-siasat selama dua bulan. Langkah itu dilakukan rejim Zionis setelah mereka tidak berjaya mendapat sebarang maklumat dari Al-Ness walaupun disoal-siasat dengan teruk sekali.