3 Warga Palestin Terbunuh Dalam Satu Letupan Misteri.


Rabu, 30/05/07 –Tiga warga Palestin terbunuh didalam letupan misteri di tengah Gaza Tiga orang warga Palestin telah terbunuh manakala dua orang lagi tercedera didalam satu letupan yang menggegarkan sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Menurut saksi satu letupan besar kedengaran didalam kem tersebut semasa ambulan dan bomba tiba ditempat kejadian.


Menurut sumber polis, letupan tersebut berlaku semasa tiga orang ahli kumpulan Jihad Islam sedang menyediakan bahan letupan. Tambahnya lagi terdapat masalah teknikal pada bahan itu dan mengakibatan letupan tersebut.

Sayap tentera Jihad Islam daripada briged Al-Quds telah terlibat didalam siri pembuatan letupan buatan sendiri berdekatan bandar rakyat Israel didalam lingkungan penentangan diantara Palestin dan Israel sejak lima tahun lepas.

One reply on “3 Warga Palestin Terbunuh Dalam Satu Letupan Misteri.”

Comments are closed.