Categories
Berita Semasa

Tahanan Mogok Lapar dan IPS Bakal Cari Titik Penyelesaian

Khamis, 08-06-2017 – Persatuan Banduan Palestin akan mengadakan perbincangan antara kepimpinan mogok lapar dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) pada hari Isnin di penjara Hadarim dan Ashkelon untuk menyelesaikan apa yang telah dipersetujui untuk menamatkan mogok.

Persatuan berkata dalam satu kenyataan bahawa, jawatankuasa lain pula akan memulakan jelajah mereka ke penjara untuk memeriksa keadaan banduan dan mula membuat langkah penyelesaian berdasarkan perjanjian antara kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, ketua persatuan, Fares Qaddoura, melahirkan keyakinannya bahawa kepimpinan mogok lapar mampu mengawal keadaan sehingga syarat-syarat perjanjian itu dipenuhi. Beliau memuji tahanan Palestin yang melancarkan mogok dan mengesahkan kesediaan mereka untuk meneruskan mogok jika terdapat sebarang manipulasi oleh IPS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin