Categories
Berita Semasa

Polis Israel periksa bangunan kedai di Baitulmuqaddis.

Khamis, 08-06-2017 – Polis Israel bersama kakitangan Majlis Perbandaran bertindak memeriksa bangunan kedai di kejiranan al-Jawz, bandar Baitulmuqaddis dan mengarahkan tuan punya kedai merobohkan mana-mana binaan tambahan yang dibina tanpa kebenaran.

Menurut kata salah seorang pemilik kedai, Mustafa Abu Zahra kepada Quds Press, polis rejim hanya memberi masa sehingga petang untuk dia membuka binaan tambahan yang dibinanya itu. Jika tidak, pihak rejim akan meruntuhkan bahagian tersebut.

Mengikut laporan Pejabat Penyelaras Bahagian Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), PBB menunjukkan bahawa sepanjang tahun 2016 sahaja sebanyak 1,094 struktur binaan yang didirikan oleh warga Palestin telah diruntuhkan pihak rejim penjajah Israel atas alasan ia dibina tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali