Abbas tetap akan bertemu Olmert meskipun rejim Zionis membunuh rakyat Palestin.


Khamis, 31/05/07 –Meskipun askar-askar Israel telah melakukan keganasan kejam yang meragut nyawa 50 orang rakyat Palestin dan mencederakan beratus-ratus yang lain, naum Presiden PA Mahmoud Abbas tetap dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert tidak lama lagi. Itulah yang disahkan oleh sumber Abbas.

Kedua-dua pejabat Pengarah Abbas dan Olmert mengesahkan mesyuarat tersebut. Abbas mengesahkannya selepas beliau melakukan ucapan penutup bersama Jurucakap Parlimen EU yang melawat beliau di pejabatnya di Ramallah. Menurut sumber itu, mesyuarat tersebut akan membincangkan mengenai rancangan Abbas untuk mencapai perdamaian di Gaza sebelum ianya merebak ke Tebing Barat sebulan kemudian.

Bagaimanapun, mesyuarat itu dijadualkan berlaku ketika Israel melancarkan serangan intensif dengan mengebom rumah-rumah rakyat Palestin dan kemudahan awam di Gaza yang membunuh dan mencederakan ratusan rakyat di dalam masa dua minggu.

Semasa sesi kecemasan Majlis Keselamatan Mini Israel, ahli kabinet Israel bersikap acuk tidak acuh untuk melaksanakan perdamaian dan menyeru askar-askar mereka agar mempergiatkan tembakan ke arah Semenanjung Gaza yang kecil dan mempunyai kependudukan yang padat. Menteri Israel, Ze’eve Boim meminta supaya seruan Abbas untuk perdamaian ditolak sebagai menyifatkannya sebagai “tipu muslihat PA”. Ahli kabinet Israel juga meminta rejim Zionis untuk mensasarkan pemimpin politik Palestin yang juga pemimpin pasukan pejuang.

Di sebalik kedegilan Israel untuk mengadakan gencatan senjata, pergerakan Hamas dan sayap bersenjatanya, Brigade Qassam bertegas untuk tidak menyahut sebarang seruan perdamaian kecuali jika perdamaian itu saling berbalas dan melibatkan Tebing Barat juga; bukan Gaza semata-mata. “ Kami akan tetap dengan pendirian kami bahawa kami tidak akan memberikan gencatan senjata kepada rejim itu melainkan apabila mereka menghentikan keganasan mereka ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza,” kata jurucakap QB, Abu Obaida.

Dalam perkembangan lain, Menteri Industri dan Perdagangan Israel, Eli Yashay memberi amaran bahawa ekonomi penduduk Israel di Sdeort akan musnah akibat serangan roket ke kawasan tersebut. Beliau berkata bahawa kilang-kilang dan gudang perdagangan perlu menutup pintu dan pekerja takut untuk ke tempat kerja kerana takut terkena serangan roket. Ekonomi PA pula bungkam akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh Israel, Amerika dan sekutu mereka sejak Mac tahun lalu.