Tindakan Israel Semakin Melampau Setelah 40 Tahun di Al-Quds.


Jumaat, 01/06/07 –Sumber-sumber media Israel menyiarkan berita berkenaan pemerintah Israel memindahkan aktiviti penggalian peninggalan bersejarah ke Baldah Lama di kota Al-Quds. Penggalian yang dilakukan oleh pihak Israel semakin banyak dan luas.

Demikian pernyataan ketua umum Kementerian Urusan Peninggalan Sejarah, Yosya’ Doverman sewaktu majlis memperingati 40 tahun penjajahan Al-Quds mencakupi masjid Al-Aqsa dan sempadan timur kota Jerusalem. Para pemerhati melihat usaha penggalian pihak Israel kali akan menyebabkan bahaya besar kepada Al-Aqsa.

Harian Israel Haaretz mengutip kenyataan Doverman bahawa lima kawasan penggalian yang akan dilakukan Israel di baldah lama Al-Quds itu akan didanai oleh badan politik kanan ekstrim Israel seperti Ethirat Kohanem dan Elad yang bertujuan
meyahudikan Baldah Lama di Al-Quds. Beliau menambah, ketika ini semua aktiviti penggalian akan dipindah ke Al-Quds.

Para pakar penggalian Israel mengetahui bahawa kawasan penggalian itu dengan baik dan apa yang dilakukan ketika ini adalah rancangan besar yang akan mengubah ciri utama kota lama di Al-Quds.

Penggalian itu menurut lembaga Etirat Kohanem akan dilakukan di Baldah Lama di bawah gereja Auhal Yishak yang berada di kampung Islami 150 meter dari pagar baldah.

Sementara itu lembaga Eliad membiayai penggalian lain di kampung Salwan dan dua tempat lainnya. Organisasi Pembiayaan Dana Warisan Tembok Ratapan Israel adalah milik pemerintahan yang membiayai penggalian di tiga bahagian lainnya di tembok ratapan, termasuk yang kini sedang berjalan di gerbang Al-Magharibah masjid Al-Aqsa. Semua pembiayaan oleh badan-badan itu sudah disetujui oleh pemerintah Israel.