Ghazi Hamad dari Hamas berkemungkinan menjadi Menteri Dalam Negeri.


Isnin, 04/06/07 –Pergerakan Hamas telah mencalonkan Ghazai Hamad, jurucakap untuk Perdana Menteri Palestin, untuk menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri berikutan perletakan Hani Al-Qawasmi.

Al-Qawasmi meletak jawatan akhir bulan lepas sebagai tanda bantahan terhadap kekurangan kuasa dalam bidang kuasa beliau oleh Presiden Mahmoud Abbas. Al-Qawasmi komplain bahawa tugasnya begitu terhad dan menghalang dia daripada melaksanakan pelan keselamatan yang dibentuk untuk mengawal rusuhan awam di Semenanjung Gaza.

Pada hari Jumaat, Haniyeh berjumpa dengan ketua-ketua pasukan keselamatan Palestin membincangkan cara-cara melaksanakan pelan keselamatan dan membentuk satu pasukan petugas Hamas-Fatah untuk memantau pelaksanaannya.

Hamad sebelum ini pernah dicalonkan untuk jawatan ini, namun pencalonannya dilucutkan kerana pergerakan Fatah mendakwa jawatan tersebut tidak seharusnya di isi oleh ahli pergerakan Hamas. Bagaimanapun, sumber yang kuat memberitahu IMEMC bahawa walaupun penggabungan ini jelas lebih kepada Hamas, pencalonan Hamad masih dibolehkan, buat masa ini, ianya diterima.

Hamad adalah jurucakap untuk pilihanraya kerajaan Hamas sebelum pembentukan pentadbiran sekarang.