Syeikh Salah: Israel Terus Buat Projek Baru Kuasai Al-Aqsa, Umat Islam Buat Apa?


Isnin, 04/06/07 –Ketua Gerakan Islah Jajahan 48, Syeikh Raed Shaleh mengingatkan tentang apa yang disiarkan akhbar Israel akhir-akhir ini tentang pembinaan terowong baru di bawah kota Al-Quds.

Terowong ini katanya, bukan terowong yang sedang mereka bina di bawah masjid Al-Aqsa
yang cuba dirahsiakan oleh pemerintah Israel. Apa yang diberitakan selama ini hanyalah sebahagian kecil dari usaha penggalian mereka di bawah Al-Quds untuk menghubungkan beberapa daerah di Kota Lama, seperti daerah Silwan yang akan dihubungan dengan beberapa badan keagamaan Israel yang sudah membina pejabat di kawasan pintu gerbang Al-Mugharibah (pintu utama Masjid Al-Aqsa).

Syeikh Salah menegaskan, pemerintah Israel sudah memperuntukkan dana yang cukup besar untuk membangunkan pelbagai kemudahan di kawasan Al-Aqsa. Projek tersebut akan dimulakan pada bulan ini (Jun), bertepatan dengan peringatan 40 tahun
penjajahan Israel terhadap Al-Aqsa. Mereka sengaja menjadikan masa ini untuk mendapatkan sokongan dari rakyatnya melalui kenyataan-kenyataan dusta dalam rangka meyahudinisasi Al-Quds dan mengisytiharkan Al-Quds sebagai ibu kota abadi Israel.

Syeikh Salah menjelaskan, projek Israel ini dimulakan dengan kedatangan puluhan
ribu kelompok ultra zionis ke wilayah Al-Quds sambil mengadakan pelbagai upacara keagamaan. Menisytiharkan bahawa 3000 anggota mereka akan bersiap menuju gerbang Al-Quds kota lama untuk mengadakan upacara yang lain.

Syeikh Salah menyatakan, jika pihak Yahudi yang memperjuangkan dakwaan palsu ke atas al-Quds dengan begitu gigih agar dapat menguasainya secara mutlak serta diiringi dengan persenjataan lengkap. Maka bagaimana pula peranan dunia Arab dan
Islam serta warga Palestin sebagai pemilik sah Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa?

Syaikh Salah menyatakan kekecewaanya terhadap sikap berdiam diri dunia Arab,
walaupun setiap hari mereka menyaksikan kebiadaban Israel terhadap Palestin dan
Al-Quds. Beliau menyeru dunia Islam dan Arab segera bergerak untuk menyelamatkan
Al-Aqsa.