Selasa, 05/06/07 –
Dua pegawai Hamas ada memperkatakan mengenai kesetujuan pergerakan itu untuk melaksanakan gencatan senjata sekali lagi dengan Israel.
Anggota Biro Politik Hamas, Muhammad Nizal berkata dalam kenyataan kepada agensi Asushitad Press bahawa pihak Mesir telah mengemukakan cadangan berhubung perkara ini sambil menyatakan pergerakan Hamas akan membuat keputusan yang munasabah.
Nizal menjawab soalan agensi itu berhubung kenyataan Musa Abu Marzuk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas kepada akhbar bahawa Hamas mungkin akan menerima gencatan senjata dalam tempoh satu tahun dengan syarat Israel mesti mematuhinya.
Abu Marzuk telah mengetuai delegasi Hamas yang mengadakan perbincangan dengan pegawai Mesir berhubung gencatan senjata serta keadaan dalaman Palestin.
Para pegawai Fatah, Jihad serta pergerakan yang lain turut mengadakan perbincangan yang sama di Kaherah yang mana lima pergerakan iaitu Hamas, Fatah, Jihad Islam dan dua pertubuhan rakyat dan demokrasi akan duduk di meja rundingan di Kaherah pertengahan bulan ini bagi mewar-warkan pendirian yang dicadangkan oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi mencapai gencatan senjata menyeluruh bermula dari Ghaza, beransur-ansur sehingga sampai ke Tebing Barat. Dalam tempoh itu bedilan roket dihentikan dan Israel berundur dari wilayah sebelum September 2000.