Haniyeh Calonkan Hamad Sebagai Menteri Dalam Negeri.


Selasa, 05/06/07 –Wartawan Aljazeera melaporkan bahawa Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah mencalonkan Ghazi Hamad yang memegang jawatan sebagai jurucakap Perdana Menteri bagi menjawat pentadbiran di kementerian dalam negeri dalam kerajaan perpaduan kebangsaan.

Aljazeera dimaklumkan, Hamad dicalonkan oleh Haniyeh ketika Haniyeh bermesyuarat dengan Presiden Palestin. Beliau adalah satu-satunya calon bagi jawatan tersebut.

Beberapa sumber berkata, banyak pihak dalam Fatah menyokong pencalonan tersebut yang juga mendapat sokongan besar di dalam pergerakan Hamas.

Ia berlaku setelah Haniyeh bertemu ketua pasukan keselamatan bagi membincangkan mengenai pelan keselamatan. Beliau mengumumkan akan melakukan rombakan ke atas pasukan keselamatan “supaya mewakili semua pihak”, tanpa menyatakan cara menyatukan antara pasukan kelematan presiden dan pasukan penguatkuasa kementerian dalam negeri.