
Sempena mengingati Isra’ Nabi s.a.w ke masjid Al-Aqsa dan naiknya baginda ke langit daripadanya, telah jelas segala thawabit ummah di Palestin dan wajibnya membersihkan bumi yang suci dari tangan-tangan musuh yang mencengkamnya dari seluruh pelusuk muka bumi yang telah melatakan pembunuhan dan kemusnahan ke atas rakyat dan bumi kita.
Sambutan ini yang juga serentak dengan pembebasan Al-Quds dari tentera solib dengan diketuai oleh Panglima Pembuka Solahuddin Al-Ayyubi, menggerakkan cita-cita tinggi di dalam diri kita yang disertai dengan amal yang berterusan untuk membersihkan bandar Al-Quds yang mulia dari cengkaman penjajah dan mengusirnya dari bumi kita seterusnya menyelamatkan ummah kita dari permusuhan dan kejahatannya. 
Sesungguhnya kami di dalam Harakah Perjuangan Islam (HAMAS) dengan ini memperbaharui janji sempena sambutan mengingati Isra’ ini untuk mempertahankan bumi suci ini, dan akan menggembeling segenap usaha kami untuk membebaskannya dari penjajah Zionis yang kejam. Sesungguhnya kami berikrar bahawa perjuangan kami akan berterusan selagi mana penjajah bertapak di bumi kami dengan izin Allah. 
Kami juga mengesahkan kepada ummah dan rakyat Palestin, pegangan kami kepada bumi dan keseluruhan hak-hak kami dan kesungguhan kami untuk mengembalikan apa yang telah dirampas daripada kami oleh penjajah Zionis.
Kami memberikan amaran kepada musuh Zionis dan sesiapa yang mendokongnya, daripada kejahatan melaksanakan niat-niat jahat dan perancangan mereka yang mensasarkan masjid Al-Aqsa dan meruntuhkannya, dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa atau mana-mana pencabulan ke atas tempat-tempat suci di Al-Quds As-Syarif.
Kami ingin mengingatkan bahawa melindungi tempat-tempat suci Islam yang didahului oleh Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak adalah kewajiban agama dan kebangsaan. Dengan ini ia adalah kewajiban umat Arab dan Islam. Justeru itu, kami meminta seluruh ummat supaya menunaikan kewajiban mereka dan memberikan bantuan kepada Masjid Al-Aqsa dengan segala cara yang boleh.
Kami menyeru negara-negara Arab dan Islam, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Komiti Al-Quds di dalam Liga Arab supaya melaksanakan tanggungjawab yang dibebankan ke atas bahu mereka dan bertindak dengan segera untuk menguasai keadaan, seterusnya melaungkan suara setinggi-tingginya bagi mengelakkan apa-apa pencabulan dan pencerobohan yang menyentuh tempat-tempat suci Islam.
Kami juga menyeru Institusi Antarabangsa dan Dunia keseluruhannya supaya menghalang penjajah Zionis dari melaksanakan perancangannya memusnahkan tempat-tempat suci di Palestin. Kami menganggap berdiam diri ke atas perbuatan-perbuatan seperti itu memberikan kepada musuh Zionis restu ke atas pencerobohan dan pencabulannya ke atas tempat-tempat suci. Ini adalah satu kemerbahayaan kerana ia kemungkinan akan melampaui Al-Quds dan Palestin.