![]()
Khamis, 16 September ? Sumber-sumber media Palestin di Hebron menyatakan bahawa seramai 12 warga Palestin di Hebron, di antaranya orang asing yang turut bersama dalam aktiviti protes anti tembok pemisah mengalami cedera akibat kekerasan Israel semalam.
Mereka melakukan protes di Der Samit dan Bet Awa, sebelah barat daya Hebron, Tebing Barat. Menurut saksi, menyatakan bahawa para penunjuk perasaan Palestin itu membaling batu terhadap tentara Israel bagi mencegah penghapusan dan pelupusan tanam-tanaman milik Palestin. Sementara itu puluhan warga Palestin menunjukkan rasa tidak puas hati dengan Israel, baik dengan tangan atau dengan tongkat. Israel kemudian membalas dengan memukul menggunakan senjata dan turut melepaskan tembakan gas pemedih mata.