
Jumaat, 08/06/07 –Lebih dari 70 kenderaan militan Israel berbondong-bondong menuju daerah Qabatiya, sebelah selatan Jenin, bahagian utara Tebing Barat. Mereka menghancurkan banyak infrastruktur dan kediaman dengan alasan mencari pengganas.
Puluhan tentera Israel semalam menaiki bumbung-bumbung rumah dan menjadikan
sebahagiannya sebagai pos tentera untuk mengintai dan mengawasi kumpulan pejuang. Sementara itu rumah penduduk yang dikuasai tentera Israel adalah sekitar 40 buah.
Menurut saksi, tentera Israel meningkatkan kawalan di sekitar laluan Jenin selatan. Mereka juga menempatkan pasukan penembak curi untuk mengawasi gerak-geri penduduk yang berada di sekitar.
Dalam pada itu, ramai penduduk yang kebanyakannya adalah pelajar cedera di serang
tentera Israel. Mereka dihalang untuk pergi ke sekolah yang menyebabkan para pelajar
tersebut melawan dan melempar batu ke arah tentera Israel.
Tentera Israel membalasnya dengan tembakan senapang dan gas pemedih mata. Antara mereka yang tercedera adalah Ahmad Yasin Kamil (14 tahun) Iyar Ma?dani yang cedera di kepala (15 tahun) Iyar mathati (14 tahun) dan lainnya.
Sementara pelajar yang ditangkap dan sekarang masih ditahan adalah, Saleh Muhammad
Kamil (19 tahun) Hisyam Asif (21 tahun) Kholid Rasyid (19tahun) dan lain-lain.