
Jumaat, 08/06/07 –Pemimpin Briged Al-Aqsa, Zakariyya Zobeidi, yang merupakan sayap bersenjata Fateh, menyatakan gencatan senjata bersama Israel ditolak memandangkan ianya hanya menguntungkan pihak Israel dan tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat Palestinâ€.
Beliau menyatakan pihak briged tidak akan menuruti gencatan senjata tersebut kerana tentera Israel tidak menghentikan serangan, pencerobohan serta pembunuhan, dan juga mereka tidak mengangkat sekatan yang dikenakan keatas rakyat Palestin di dalam wilayah yang dicerobohi.
Tambahnya, gencatan senjata ini tidak akan bertahan selagi pihak tentera Israel meneruskan pencerobohan dan pencabulan ini.
“Apakah jenis gencatan senjata ini, pihak tentera tidak henti-henti menceroboh Jenin, Nablus, Qabatia dan Gazaâ€, kata Zobeidi. “Tidak ada gencatan senjata selagi rakyat kami diperangi, dikasari dan terpaksa `membayar harga yang mahal’ diatas keganasan yang dilakukan oleh tentera Israelâ€.
Menurut beliau lagi gencatan senjata tersebut adalah “satu konspirasi keatas rakyat Palestin dan Intifadha merekaâ€. Tambahnya, penentangan mereka tidak tergolong didalam gencatan senjata ini dan mereka akan tetap dengan pendirian mereka sehingga mendapat hak yang sepatutnya sebagai rakyat Palestin.
Beliau juga menyeru semua kumpulan-kumpulan yang menentang agar mengisytiharkan pendirian yang jelas dalam menolak gencatan senjata ini dan meneruskan perjuangan mereka untuk berdepan dengan serangan pihak Israel.