Selasa, 12/06/07 –
Dr. Shalah Bardawil, Jurucakap Fraksi Perubahan dan Reformasi menegaskan masalah Hamas bukan dengan Fatah tetapi kerana pasukan Israel menyumbang dana dan senjata kepada kumpulan serpihan pimpinan Muhammad Dahlan.
Bardawil menyatakan, kumpulan ini secara paksa mengusai kepimpinan gerakan Fatah dan
presiden Mahmod Abbas tidak mampu menentang gagasan Mohamad Dahlan. Padahal beliau
(Dahlan) bukan pimpinan Fatah tapi hanya anggota di Dewan Revolusioner yang berusaha
memimpin Fatah.
Bardawil melihat apa yang terjadi di Rafah selama beberapa hari lalu menyusul pembunuhan Syahid Ahmad Abu Harb pemimpin penting Batalion Al-Qassam hanya sebahagiain dari fasa konflik gerakan Hamas dengan Israel secara tidak langsung.
Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan kisah kota Rafah berlaku kerana Israel sudah yakin bahwa konflik dalaman Palestin yang dipicu oleh kumpulan kudeta terhadap Hamas tidak mampu menghentikan gerakan ini dari menyerang Israel dengan roketnya. Israel memindahkan konflik itu ke utara wilayah Rafah untuk mengajak pejuang ke
sempadan Palestin jajahan Israel tahun 1948.
Bardawil menyebutkan perkara ini seminggu yang lepas ketika dialog antara fraksi pejuang Palestin dan pihak Mesir di Kaherah. Beberapa kumpulan kudeta menyerang Batalion Al-Qassam untuk melemahkan kumpulan pejuang Palestin. Kemudian penembak
tersebut dikejar dan salah seorang di antara mereka dibunuh. Selepas daripada itu berlaku kesepakatan gencatan senjata dengan campurtangan Mesir.
Namun kelmarin kumpulan kudeta membunuh seorang pimpinan Batalion Al-Qassam iaitu Ahmad Abu Harb seperti yang diminta Israel. Kekacauan kembali terjadi sebelum akhirnya Mesir menjadi orang tengah untuk melakukan gencatan senjata.
Menurut anggota parlimen Palestin ini, peranan Mesir tidak menjadi jaminan menghentikan kekacauan ini kerana kumpulan kudeta dan perusuh tersebut mematuhi arahan Israel secara langsung.