
Selasa, 12/06/07 –Gabungan pasukan bersenjata yang sentiasa melakukan keganasan senjata api di atas nama Fatah telah melancarkan tembakan ke bangunan Pihak Berkuasa Palestin Isnin lalu. Serangan ini telah menundakan sesi mingguan kabinet di sini.
Sumber memberitahu pasukan bersenjata Fatah tersebut telah melakukan tembakan melulu ke arah premis kabinet di Kem Pelarian Shati.
Beberapa saksi memberitahu beberapa lelaki bersenjata telah merampas beberapa bangunan di Bakri sebagai tempat untuk melalukan sasaran. Dalam serangan tersebut tiada kecederaan di laporkan.
Burhan Hammad, delegasi dari Keselamatan Egypt di Gaza mendakwa mereka yang melakukan serangan tersebut merupakan ‘tangan syaitan’ yang sentiasa melakukan huru hara sambil menyifatkan mereka akan menerima akibat dari serangan tersebut.