Israel Akui Ada Pakatan Sulitan Dengan Syria.


Selasa, 12/06/07 –
Menteri Pengangkutan Israel, Shaol Movaz mengesahkan telah mengadakan pakatan sulit tidak langsung dengan Syria, namun Israel tidak menerima apa-apa respons daripadanya.

Movas berkata kepada radio Israel bahawa Israel telah mengutus surat kepada Presiden Syria, Basyar Al Asad, yang mana ia menyatakan bahawa cara rahsia seperti ini adalah salah satu cara terpenting bagi mencungkil niat Syria terhadap pelan damai.

Menteri Israel itu berkata, perjanjian damai dengan negara-negara Arab yang lain juga bermula dengan cara seperti ini, yang mana ia merujuk kepada pelan damai dengan Mesir pada tahun 1979.

Katanya, pendirian Syria adalah “double standard” kerana sesekali ia menyatakan minat untuk menyambung semula rundingan, manakala sesekali lagi ia tidak menjawab surat yang dihantar kepadanya.

Movas mengeluarkan kenyataan sehari selepas akhbar Yedioy Ahronut menyiarkan berita mengenai Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah menyatakan menerusi surat rahsia bahawa beliau bersedia untuk menyambung semula rundingan dengan Syria serta berundur dari Bukit Golan yang dijajah pada tahun 1967 setelah berdamai.

Akhbar tersebut menambah, surat tersebut dihantar kepada Presiden Syria, Basyar Al Asad melalui pegawai atasan Turki dan Jerman.