Washington, Tel Aviv Jalani Latihan Udara di ‘Israel’.


Selasa, 12/06/07 –Sumber akhbar memberitahu bahawa jet pejuang udara Israel-Amerika akan menjalankan latihan tentera udara di selatan Israel. Radio tentera Israel menjelaskan, latihan tersebut yang disertai oleh berpuluh-puluh pesawat akan diadakan di kawasan padang pasir Al Naqab dan berlanjutan sehingga seminggu.

Sumber tersebut menambah, juruterbang kedua-dua negara itu akan berlatih bertempur di udara dan menembak sasaran ke muka bumi. Radio tersebut menyatakan bahawa latihan itu dilakukan ekoran “rundingan strategi” Israel-Amerika. Ia berkisar mengenai ugutan nuclear Iran yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Israel, Shaol Movas di Washington baru-baru ini.

Israel dan Amerika Syarikat menuduh Iran berusaha untuk memiliki senjata nuclear di bawah program kemajuan rakyatnya.