700 Ribu Rakyat Palestin Mati Di Penjara Israel Sejak 1967 !


Selasa, 12/06/07 –Laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Unit statistic di kementerian tahanan Palestin mengesahkan bahawa tentera Israel telah menahan lebih 700 ribu rakyat Palestin sejak kekalahan pada Jun 1967.

Kementerian menyatakan dalam laporannya yang disediakan sempena memperingati ulang tahun kekalahan yang ke 40, bahawa penahanan rakyat Palestin oleh Israel tidak henti-henti sejak tarikh tersebut. Ia tidak tertumpu kepada golongan masayarakat tertentu, bahkan merangkumi semua golongan, dari kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan, wanita hamil, doctor, pekerja, pelajar, ahli parlimen, menteri sehingga orang tua yang tidak berupaya.

Laporan tersebut melaporkan, sejak kekalahan tersebut, tentera Israel telah menahan kira-kira 700 ribu rakyat Palestin di samping beribu-ribu lagi warga Arab. Peratusan penahanan smeakin menurun secara drastic setelah tertubuhnya pihak berkuasa tempatan pada tahun 1994 sehingga mencetuskan rusuhan Al Aqsa dan pengerahan semula tentera Israel ke beberapa tempat di Palestin. Namun, ia berlaku semula dan meningkat dengan banyak ketika rusuhan tersebut yang mana seramai 60 ribu warga Palestin ditahan.

Kementerian Palestin itu juga menyatakan bahawa penjara Israel mengandungi 10,500 tahanan, antaranya 310 kanak-kanak, 116 tahanan perempuan. Antara mereka 65 tahanan telah menghabiskan masa di situ lebih dua puluh tahun dan masih lagi di penjara. Antara yang paling lama di situ ialah Said Al Atbah yang ditahan sejak 30 tahun lalu.