Olmert Pujuk Damsyik ?


Selasa, 12/06/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata dalam ucapan penutup mesyuarat kabinetnya khas berhubung hubungannya dengan Syria bahawa Israel tidak mahu berperang dengan Damsyik.

Sumber terdekat Perdana Menteri menyebut, ketika sesi penutup mesyuarat suruhanjaya kecil majlis keamanan bahawa mesej ini telah disalurkan menerusi saluran diplomasi ke Syria. Namun, menurut sumber itu lagi, Olmert juga menyeru agar perlu “menjauhkan telahan yang silap yang mungkin membawa kepada pergolakan keamanan”.

Akhbar Israel telah menghebahkan dalam beberapa bulan lalu kemungkinan tercetus perang mengejut dalam beberapa bulan akan datang antara Tel Aviv dan Damsyik berikutan laporan perisikan mengatakan Syria bersedia untuk berperang.