
Khamis, 14-12-2017 – Remaja Palestin telah menyertai perarakan di Beit Hanoun bagi menghalang delegasi Bahrain dari memasuki Semenanjung Gaza, setelah tiba di Israel dalam rangka lawatan yang dipanggil proses normalisasi.
Wartawan PIC melaporkan bahawa para penunjuk perasaan membakar tayar kereta sebagai desakan mereka untuk tidak membenarkan delegasi tersebut memasuki Gaza setelah melawat Israel. Beliau menambah, penunjuk perasaan yang marah telah membawa batu dan barangan lain untuk digunakan bagi menghalang delegasi memasuki Gaza. Kementerian Pendidikan turut mengumumkan bahawa ia tidak akan membenarkan delegasi memasuki sekolah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin