
Khamis, 14-12-2017 – Pendakwahah Masjid Al-Aqsa dan ketua Majlis Tertinggi Islam BaitulMaqdis, Sheikh Ekrima Sabri menggambarkan bahawa keputusan presiden AS, Donald Trump untuk mengumumkan BaitulMaqdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan AS ke situ sebagai “pengisytiharan perang”.
Bercakap kepada Agensi Anadolu, Sabri menegaskan bahawa protes yang dilihat baru-baru ini di seluruh dunia terhadap pergerakan AS menunjukkan bahawa BaitulMaqdis “bukan hanya milik rakyat Palestin tetapi kepada seluruh umat Islam”.
Beliau terus mendesak rakyat Palestin dan penduduk BaitulMaqdis untuk mempertahankan bandar suci itu dengan apa jua cara sekalipun dan mengatakan bahawa “keangkuhan AS” itu tidak akan dapat mencapai apa-apa.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul