
Selasa, 19/06/07 –Gerakan pejuang Hamas meminta pihak luar termasuk negara-negara Arab agar tidak bekerjasama dengan pemerintahan tidak sah Salam Fayyad kerana melanggar
undang-undang negara.
Pernyataan ini dibuat oleh jurcakap Hamas oleh Sami Abu Abu Zuhri di Gaza, Ahad (17/6). Beliau menegaskan bahawa pemerintahan Fayyad adalah pemerintahan tidak sah. Pemerintahan tersebut telah membuang seluruh kesepakatan nasional dan telah
melanggar undang-undang dan perlembagaan Palestin. Oleh karena itu pemerintahan in
tidak sah. Ia hanya sah dimata undang-undang Zionis Israel dan pemerintah Amerika yang menjanjikan akan mengiktiraf pemerintahan tersebut.
Dalam pada itu, Sami Abu Zuhri menyampaikan penghargaannya kepada sikap fraksi-fraksi Palestin yang secara bersama-sama menolak pemerintahan ini. Semua fraksi menyatakan tekadnya untuk meneruskan pemerintahan perpaduan nasional di bawah pimpinan Ismael Haneya.
Sebelumnya pemerintahan hasil pembentukan Abbas yang diberi nama, Pemerintah Pelaksana Keadaan Darurat telah mengangkat sumpah di hadapan Abbas sebagai pemerintahan baru ketika tindakan protes sejumlah fraksi dan parti-parti Palestin semakin memuncak.