
Selasa, 19/06/07 –Insiden bunuh membunuh sesama rakyat Palestin di Ghaza mengunjur sehingga ke Tebing Barat dan jalan-jalan di Palestin. Ia menyaksikan pertempuran yang dahsyat berikutan gambar-gambar kegiatan membunuh dan merosak disiarkan di kawasan-kawasan berasingan di Ghaza.
Stesen televisyen, internet serta akhbar parti tidak ketinggalan menyebarkan gambar-gambar badan yang dikelar atau dibakar dan mempunyai kesan deraan. Di samping itu juga jalan-jalan dan bangunan-bangunan di Ghaza juga tururt dimusnahkan. Saksi ada melaporkan kanak-kanak dijadikan tebusan, dan pembunuhan berlaku di hadapan mata.
Hassan Khuraisah, Timbalan Kedua Parlimen berkata bahawa ia adalah kali pertama dialami oleh rakyat Palestin yang mana mereka berhadapan dengan rancangan jahat Israel ketika pertempuran dalaman berlaku sesama mereka “selepas kami bersatu menentang rancangan jahat Israel serta musuh luarâ€.