Elit Parlimen Eropah Tuduh Israel Faktor Utama Krisis Palestin.


Rabu, 20/06/07 –Ketua Parti Berhaluan Kiri di Parlimen Eropah, Francsis Wirz menegaskan Selasa (19/06) bahawa Israel adalah faktor utama kepada semua situasi krisis dan kekerasan di Timur Tengah.


Wirz menyatakan di Parlimen Eropah dalam sidang bertukar pendapat yang diadakan secara rutin di Starburg Prancis Timur. Dunia antarabangsa turut bertanggungjawab dalam hal ini kerana mereka turut menyokong Israel dalam embargo Palestin.

Pemimpin di parlimen Kesatuan Eropah ini menuduh secara khusus ahli-ahli politik Eropah telah menghinakan diri, menggantikan kerja-kerja politik dengan wang, memihak kepada kepentingan Israel dalam banyak hal dengan mengorbankan kepentingan Palestin hanya untuk mendapat restu Amerika.

Sebelum ini Kesatuan Eropah turut melakukan embargo kepada rakyat dan pemerintah Palestin setelah Hamas menang pilihanraya legislatif awal tahun lalu. Bahkan selepas pembentukan pemerintahan Palestin ‘tidak sah’ versi Abbas yang baru, Kesatuan Eropah terus memberikan sokongan dana meskipun tindakan itu tidak mengikut perlembagaan dan tidak mendapat persetujuan parlimen Palestin yang sah.