Ismail Redwan : Kenyataan Ereikat Adalah Tidak Benar.


Khamis, 21/06/07 –Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Redwan Rabu lalu menafikan khabar angin yang disebarkan baru-baru ini oleh Ketua Perunding PLO, Saeb Ereikat mengenai kemusnahan kemanusiaan yang teruk di Gaza.

“Ini adalah tidak benar! Kami menyeru semua journalis untuk melawat Gaza dan melihat sendiri situasi di sini. Gaza kini menikmati perlindungan dan keselamatan yang lebih baik,” Redwan mengesahkannya di dalam satu kenyataan media. “Objektif khabar angin sebegitu adalah untuk memperlekehkan kejayaan yang dinikmati penduduk Palestin di Semenanjung Gaza meskipun kami tidak merancang untuk mengambil satu hari menguasai Gaza atau mengebom peralatan keselamatan.”

Merujuk kepada ugutan Ereikat yang mahu menggunakan undang-undang antarabangsa untuk menyingkirkan Hamas, Redwan mengatakan bahawa sesiapa yang melanggar undang-undang adalah mereka yang merujuk kepada undang-undang asas yang telah dicabul oleh Presiden PA, Mahmoud Abbas ketika beliau membentuk kerajaan darurat dan mengabaikan undang-undang asas.