Persidangan Sharm Al-Sheikh Bertujuan Menghapuskan Hamas !


Rabu, 27/06/07 –Dr. Khalil Abu Laila, pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza telah menyatakan bahawa tujuan utama sidang kemuncak kuartet di Sharm Al-Sheikh diadakan adalah untuk mengkaji cara-cara bagi menghapuskan Hamas dan memberikan sokongan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dengan pelbagai cara.

“Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) mengharapkan sidang kemuncak itu dapat membuka lembaran baru bagi menormalkan hubungan dengan negara-negara Arab,” kata Abu Laila dalam satu siaran akhbar.
Olmert dijangka akan bertemu dengan Abbas beserta Presiden Mesir Hosni Mubarak dan Raja Jordan, Raja Abdullah II di bandar peranginan Mesir, Sharm Al-Sheikh pada Isnin lalu atas undangan Mubarak.

Pemimpin Hamas itu menyatakan pergerakannya memiliki dokumen-dokumen penting yang mendedahkan pasukan keselamatan Fatah itu telah mengikuti arahan-arahan Israel untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan Palestin dan melakukan pengintipan terhadap Palestin serta negara-negara yang Arab dan Islam yang lain.
Beliau menambah dokumen-dokumen akan dihantar kepada jawatankuasa risikan dan Liga Arab atau sistem kehakiman Palestin jika ia telah menjadi bebas dan adil.

Abu Laila memberikan pendapatnya bahawa semua orang telah mengetahui bahawa “satu-satunya jalan keluar untuk membebaskan rakyat Palestin daripada krisis semasa adalah meneruskan dialog mengenai Deklarasi Makkah.”

Beliau juga memberitahu trend di Tebing Barat yang mahu melaksanakan agenda Zionis kerana ia memenuhi matlamat mereka bagi menghapuskan Hamas yang merupakan ancaman strategik terhadap kependudukan Israel.