Hamad: Mesyuarat bersama Zionis akan hanya menyulitkan keadaan.


Rabu, 27/06/07 –Dr. Ghazi Hamad, jurucakap kepada kerajaan sementara Palestin, melahirkan rasa pesimis diatas hasil mesyuarat Sharm Al-Sheikh diantara Mahmoud Abbas, pemimpin Israel, Mesir dan Jordan.

Di dalam kenyataan akhbarnya beliau menyatakan pengalaman lampau membuktikan mesyuarat bersama ‘Zionis’, terutamanya perjumpaan Abbas bersama Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert tidak akan membuahkan keputusan yang positif serta akan menyulitkan lagi keadaan di Palestin.

Ahli Parlimen, Ahmed Abu Halabia menyatakan mesyuarat empat penjuru di Sharm Al-Sheikh hanya akan membenarkan plot keatas persoalan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Beliau menegaskan sasaran utama mesyuarat tersebut ialah kearah para pejuang Palestin, dan setiap persidangan yang sama pada masa lampau hanya sengaja diadakan untuk berdepan dengan para pejuang Palestin yang bukan sahaja daripada Hamas. Walau bagaimanapun memandangkan keadaan sekarang Hamaslah merupakan sasaran utamanya.

Seorang pemimpin Jihad Islam di Tebing Gaza menyatakan Olmert akan cuba untuk meluluskan skim ‘iri hatinya’ keatas rakyat Palestin didalam persidangan itu. Khader Habib menyatakan pejumpaan ini diadakan pada masa rakyat Palestin berada didalam perbalahan yang mana dihasut pula oleh musuh Zionis ini untuk melemahkan keteguhan pendirian rakyat Palestin.