
Khamis, 28/06/07 –Komandan Brigade al Aqsa, sayap militan gerakan Fatah, di Tebing Barat,
Zakaria Zubaidi mengumumkan pembubaran Brigade al Aqsa dan menyerahkan senjata
mereka ke pihak keselamatan presiden yang dipimpin Mahmud Abbas dan menghentikan
tindakannya melawan penjajah Zionis Israel.
Zubaidi, yang mengikuti jejak para pemimpin kelompok kudeta dalam gerakan Fatah,
dalam pernyataan kepada radio Israel, Selasa (26/06), mengatakan bahawa “Brigade al
Aqsa telah bersetuju untuk menyerahkan senjatanya kepada pemerintah dan bergabung
dalam bahagian keselamatan untuk berkhidmat pada program politik Presiden Mahmud
Abbas.”
Zubaidi mengatakan, “Brigade al Qassam, sayap militan gerakan Hamas, berada di luar
undang-undang dan dilarang keluar ke jalan-jalan di Tebing Barat.” Beliau
menegaskan bahawa dia dan anggota Brigade al Aqsa akan berada di pihak keselamatan
Abbas untuk memburu anggota sayap militan gerakan Hamas dan merampas senjata
mereka.?
Sejak Brigade al Qassam berjaya menguasai Semenanjung Gaza, ratusan anggota Hamas di
Tebing Barat menjadi mangsa penculikan, serangan dan pembunuhan oleh orang-orang
bersenjata dari kumpulan kudeta dalam gerakan Fatah dan pihak keselamatan presiden.
Dalam pertemuan di Syarm el Syaikh yang terakhir telah menunjukan sejauh mana
sokongan penjajah Zionis Israel kepada gerakan Fatah, khususnya di Tebing Barat,
dimana PM Israel Ehud Olmert berjanji kepada Presiden Abbas untuk mengkaji
pembebasan 250 tahanan Palestin yang hanya dari gerakan Fatah.