
Jumaat, 29/06/07 –Perdana Menteri negara haram Israel sedang menghadapi tekanan hebat dari rakyatnya untuk meneruskan rundingan pembebasan Gilad Shalit yang masih dalam tahanan di Gaza selama setahun.
Briged Qassam telah menyiarkan pita rakaman menyatakan kesihatan Gilad semakin membimbangkan dan menggesa Olmert untuk membebaskan dengan segera tahanan Palestin sebagai pertukaran Gilad. Blok Meretz dalam parlimen Israel.
Kolonel bersara Palestin, Yousef al-Sharqawi menegaskan briged Qassam berjaya dalam menyembunyikan Gilad dan perisik Israel gagal dalam operasi mengesan Gilad bahkan ada lagi 10 tentera Israel yang ditahan.
Mengikut undian pendapat akhbar harian Hebrew, mengatakan 61% rakyat Israel mahu kerajaan membebaskan tahanan Palestin dengan pertukaran Gilad.