
Selasa, 03/07/07 –Tentera Zionis menyamar sebagai orang awam dan membunuh Mohammed Omar Abul Haija, 24, ahli AMD sayap perjuangan Fatah di Jenin.
Tentera tersebut berjaya memasuki kem pelarian Palestin di Jenin sebagai orang awam dan menyerbu di waktu malam menyebabkan Abul Haija terbunuh selepas tembakan terkena di dada menyebabkan mati serta merta
Sementara itu tentera Zionis menyerbu beberapa rumah bandar Nablus sebelum subuh tetapi tiada tangkapan dibuat.
Di Gaza, Birged Quds, melancarkan 3 mortar ke arah posisi tentera Zionis di Kissufim selatan Gaza, merupakan serangan balas keganasan tentera Zionis di Tebing Barat dan Gaza.