Israel Sedang Krisis !


Selasa, 03/07/07 –Khalil Abu Laila, pemimpin politik Hamas di Semenanjung Gaza, pada Ahad lalu memberitahu Israel kini sedang melalui satu krisis akibat serangan penentangan rakyat Palestin yang berterusan terhadapnya.

Abu Laila, dalam satu siaran akhbar berkata ancaman-ancaman Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert terhadap rakyat Palestin Ahad lalu bukanlah suatu yang baru.

Beliau menggariskan PM Israel itu sedang cuba untuk menamatkan tentangan Palestin dalam masa yang sama terus berkomplot dengan sebahagian “pihak dari kalangan penduduk Palestin”. Tetapi, tegasnya Olmert tidak mampu untuk menghapuskan tentangan rakyat Palestin, bahkan banyak tentangan akan dilakukan untuk menawan “musuh” dan memaksa mereka keluar dari tanah-tanah Palestin.

Pada sesi kabinet mingguan awal hari ini, Olmert telah mengarahkan tenteranya untuk meneruskan dasar pembunuhan dan mahu mengepung Semenanjung Gaza. Beliau turut mengalu-alukan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menggerakkan “kumpulan sayap bersenjata Palestinnya”.

Abu Laila, juga menambah penolakan mutlak yang diisytiharkan oleh kuasa-kuasa antarabangsa di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dan juga tanah-tanah Palestin yang diduduki sejak 1948 adalah disebabkan misi kuasa-kuasa itu untuk mengekalkan “keselamatan entiti Zionis”.

Dalam satu sidang yang berasingan, Pergerakan Hamas telah memberitahu media Arab dan asing bersama-sama dengan institusi rasmi yang lain dengan menerangkan isu penculikan di Tebing Barat di tangan pasukan keselamatan Abbas.

Dalam satu kenyataan pada Ahad lalu, pergerakan Hamas memberitahu pihak media dan institusi-institusi rasmi yang tidak mengetahui keadaaan sebenar tentang isu ini telah menyatakan bahawa penculikan yang berlaku adalah dalam bentuk penyeksaan yang teruk, penghinaan, dan peras ugut.