
Rabu, 04/07/07 –Ahli Parlimen Palestin, Mushir Al-Masri, juga setiausaha perubahan dan penyusunan semula blok parlimen mengkritik Presiden Palestin, Mahmoud Abbas atas keperluan penggunaan askar-askar antarabangsa di Gaza, yang kini menyaksikan kestabilan keselamatan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Masri mengaggap Abbas yang membuat panggilan daripada Paris sebagai percubaan untuk menggerakkan Barat bagi membantu usaha Palestin dan Arab melaksanakan dialog di antara Fatah dan Hamas, dan menggambarkannya sebagai “tikaman terhadap usaha-usaha Palestin dan Arab.”
Saya percaya usaha membawa askar-askar antarabangsa ke Semenanjung Gaza adalah untuk melindungi Zionis, mengenakan sekatan baru serta memaksa perintah Zionis dan Amerika di kawasan tersebut selepas menghapuskan rakan-rakan dan pembelot-pembelot yang telah mengancam penentangan penduduk Palestin,” katanya. “Inisiatif Penduduk Palestin” yang menggambarkan panggilan Abbas terhadap askar-askar antarabangsa di Semenanjung Gaza sebagai persediaan untuk pilihan raya presiden dan pilihan raya perundangan adalah “tidak boleh diterima dan akan merumitkan keadaan.”
Beliau juga menyatakan panggilan Abbas “hadir sewaktu penduduk Palestin menyaksikan bencana teruk yang mengancam seluruh projek nasional, ditambah dengan status pemisahan politik dan geografi di antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.” Beliau akhirnya meminta satu dialog yang komprehensif mengenai semua aspek krisis tersebut dan elakkan daripada kepentingan setiap parti dan puak.