Amerika bercadang untuk meredakan penentangan rakyat Palestin.


Rabu, 04/07/07 –Pihak pentadbiran AS sedang mempromosikan rancangan lapuknya untuk mengenakan pentadbiran tentera di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam usaha untuk menghapuskan kumpulan penentang dan sayap bersenjata Palestin.

Menurut akhbar Jordan, ‘Adestour’ pada Ahad lepas yang mengambil sumber yang tidak dapat dikenalpasti dari Amerika yang menyatakan kerajaan George Bush telah memperbaharui rancangan yang dibentangkan beberapa tahun dahulu semasa kepungan Israel yang dikenakan keatas ketua PA, Allahyarham Yasser Arafat dan penempatan semula Israel di bandar-bandar Tebing Barat.

Sumber itu menyatakan pihak Washington menggunakan seruan oleh ketua PA, Mahmoud Abbas, yang meminta untuk ditempatkan tentera antarabangsa di Semenanjung Gaza dan kemudiannya di Tebing Barat dalam usaha untuk memperbaharui rancangan lapuknya.

Rancangan tersebut membayangkan penempatan kekuatan tentera bersenjata seramai 20,000 daripada NATO di kedua-dua kawasan Palestin tersebut dengan tujuan utamanya untuk meredakan ‘sayap pemisah didalam kepimpinan Palestin dan menghentikan ‘keganasan’ dalaman Palestin, yang mana secara tidak langsung mengekori serangan sayap bersenjata Palestin.

Pihak NATO akan mengekalkan bilik operasinya di Nablus, Jerusalem, Al-Khalil dan Gaza, seperti yang dirancang.

Sementara itu, pihak PFLP memberi amaran untuk mengeksploit pergeseran dalaman di arena Palestin untuk menghapuskan penentangan rakyatnya.

Seorang ahli PFLP, Jamil Mizher, menyatakan di Gaza, sessi dialog nasional yang komprehensif dibawah penyeliaan Arab untuk melaksanakan dokumen persetujuan nasional adalah amat penting untuk dilaksanakan.