Mesir Jadi Perantara Hamas Dan Fatah.


Khamis, 12/07/07 –
Berhubung isu antara pertubuhan Hamas dan Fatah yang menyebabkan perpecahan oleh dua pihak itu sejak Hamas menguasai Ghaza pada pertengahan bulan lalu, delegasi Fatah telah sampai ke Kaherah bagi berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir untuk memulakan perbincangan antara dua pertubuhan tersebut.

Delegasi tersebut diketuai oleh bekas perdana menteri Palestin, Ahmad Qurai’ dan ia terdiri daripada pemimpin Fatah, Ruhi Fattuh dan anggota suruhanjaya penguatkuasa Fatah, Yasir Abd Rabbih.

Sumber diplomasi menjelaskan, delegasi tersebut akan bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang pernah menyatakan kesediaan negaranya untuk menjadi perantara antara dua pertubuhan itu.

Namun, Presiden Palestin menegaskan dalam kenyataan akhbar hari ini bahawa tidak ada sebarang rundingan atau perbincangan kecuali keadaan di Ghaza kembali seperti asal.