Olmert Bertemu Abbas Bincang Kerjasama.


Khamis, 12/07/07 –Sumber rasmi Israel berkata bahawa Perdana Menteri, Ehud Olmert akan bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas minggu depan bagi membincangkan kerjasama serta keperluan kemanusiaan di wilayah Palestin.

Jurucakap Olmert, Miri Isin berkata, tempat dan masa pertemuan itu tidak ditetapkan lagi setakat ini. Sementara sumber Israel dan Palestin menjelaskan mesyuarat itu akan diadakan pada Isnin depan.

Kedua-dua pemimpin itu telah bersetuju di akhir mesyuarat mereka di Sharm Sheikh tempoh hari untuk bertemu dua kali sebulan. Suruhanjaya perantara empat penjuru Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dijadualkan akan mengadakan perbincangan di rantau itu pada 16 haribulan ini. Namun, tidak jelas setakat ini sama ada Abbas dan Olmert akan menyertai mesyuarat tersebut atau tidak.