
Isnin, 16/07/07 –Pergerakan Hamas telah mengecam dan mendesak Presidan Mahmoud Abbas supaya menarik balik semua perundangan dan perlembagaan yang dibuat dan telah menghancurkan sistem politik penduduk Palestin yang mengakibatkan perpecahan dan berat sebelah.
Jurucakap Hamas di Gaza Fawzi Barhum telah mengesahkan bahawa kerajaan darurat tidak mengikut perlembagaan serta haram dan tidak boleh menjadi kerajaan sementera dan sebarang tindakan berkaitan tersebut tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan,menurut undang-undang kerajaan perpaduan kebangsaan merupakan kerajaan sementara yang sebenar.
Di dalam sidang akhbar, Barhum menganggap resolusi yang dikemukan oleh majlis pusat PLO sebagai kosong dan tidak sah. Beliau juga menjelaskan majlis tersebut tidak mewakili perundangan penduduk Palestin kerana bertindan dengan perlantikan PLC.
Menurut beliau majlis tersebut tidak mewakili suara penduduk Palestin, tidak dipilih secara demoktratik dan tidak mempedulikan kepentingan penduduk dan negara Palestin itu sendiri