
Isnin, 16/07/07 –Gerakan Hamas mengecam tindakan presiden Palestin, Mahmud Abbas yang
membatalkan semua undang-undang dan konstitusi serta menyekat semua organisasi
politik dengan mengeluarkan beberapa arahan.
Abbas juga menghapuskan semua hak nasional yang berkaitan dengan kepentingan rakyat
dan menjadikan pemerintahan darurat sekarang sebagai pemerintahan pelaksana.
Melalui jurucakapnya, Fauzi Barhoum, Hamas menegaskan kelmarin, Sabtu (14/7)
pemerintahan darurat adalah pemerintahan tidak sah yang tiada dasar undang-undang.
Oleh karena itu, ia tidak boleh menjadi pemerintah pelaksana kerana dasarnya juga
memang tidak ada. Dengan demikian pemerintahan perpaduan nasional Palestin yang
dipimpin oleh Ismael Haneya itulah yang sah dan sesuai dengan undang-undang dasar
Palestin.
Dalam pernyataannya, Barhoum menganggap apa yang diputuskan oleh pertemuan dewan
pusat PLO merupakan pelanggaran terhadap undang-undang serta perlembagaan Palestin.
Mereka telah menempatkan dirinya sebagai pengganti parlimen Palestin. Dewan pimpinan
pusat PLO merupakan wakil dari majoriti Fatah yang terbukti tidak mampu
menyelesaikan masalah negara bahkan menambah krisis baru di Palestin.
Barhoum menyatakan, dewan Pusat PLO tidak mewakili rakyat Palestin dan tidak dipilih
berdasarkan amalan demokrasi. Sehingga kini badan ini belum pernah bekerja untuk
kepentingan rakyat dan hanya memperkaya dan bekerja untuk kepentingan kumpulannya
sendiri di samping membatalkan kepentingan rakyat serta merosakkan kredibiliti
PLO.