Mengapa Abbas tidak belajar dari Arafat?

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK

Pada 16 Julai 2007, termeterailah kesepakatan di antara Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan Presiden Rejim Zionis Israel, Ehud Olmert di bandar Baitul Maqdis. Antara kata sepakat yang dipersetujui ialah penetangan habis-habisan para pejuang Palestin di Tebing Barat. Abbas, melalui perjanjian tersebut dengan rela hati dipergunakan oleh rejim penjajah untuk menangkap, menyiksa dan membunuh anak bangsanya sendiri di Tebing Barat. Di Gaza di mana Abbas tidak mempunyai pengaruh pula, rejim penjajah tersebut akan menggunakan kekuatan mereka sendiri untuk menghancurkan perjuangan rakyat Palestin.

Hal ini amat memeranjatkan dunia dan rakyat Palestin sendiri. Setelah rakyat Palestin menumpahkan darah dan keringat mereka untuk mendapatkan kemerdekaan, Abbas melangkah ke belakang pula. Setelah perjuangan yang mendapat momentum dari Intifadah al-Aqsa pada tahun 2000 telah membuahkan natijah kemerdekaan Gaza pada tahun 2005, Abbas kini membantu penjajah unutk menguatkan cengkaman penjajahan ke atas anak-anak bangsanya sendiri. Apakah rasionalnya Abbas berbuat demikian.

Langkah Abbas yang pelik ini bukan hanya telah menghancurkan harapan rakyat Palestin, malah mengecewakan masyarakat dunia yang mencintai keadilan dan kedamaian. Tindakan Abbas ini bagaikan mengiyakan tanggapan popular sedunia yang mengandaikan bahawa Abbas telah digunakan oleh rejim Zionis dan Amerika Syarikat (AS) untuk menghancurkan perjuangan rakyatnya sendiri. Lihatlah kepada pengisytiharan kerajaan darurat, pemecatan kerajaan “bersekutu Palestin” di bawah pimpinan Perdana Menteri Ismail Haniyyah, Penubuhan kerjaan sementara pilihan beliau sendiri yang dipimpin oleh Salem al-Fayyadh, kesemuanya mengiyakan pendapat umum tersebut. Sebagai labanya, Abbas berjaya mendapatkan menyelamatkan ketua pemberontak yang bertanggungjawab membuat kekacuan di Gaza, iaitu Muhammad Dahlan, mantan menteri keselamatan dalam negeri zaman Arafat.


Abbas mungkin terlupakan langkah sumbang mentornya, Yasser Arafat yang telah membawa kepada

pembunuhan Arafat.


Muhammad Dahlan yang telah dibantu oleh Mejar Kolonel Dayton dari AS untuk melatih gerila pemberontakannya kini berasa selesa di bawah perlindungan AS, rejim Zionis dan juga Abbas.
Tindakan Abbas lewat persepakatan beliau dengan Olmert seolah-olah membuangkan persepakatan Mekah yang telah diinisiatifkan oleh kerajaan Arab Saudi. Persepakatan yang dilahirkan di tanah suci umat Islam itu bagaikan tiada ertinya bagi Abbas yang merupakan penganut ajaran Bahai.

Kesepakatan untuk mengadakan kerajaan bersekutu, mengakhirkan perbalahan dan juga memperhebatkan perbincangan peringkat dalaman di antara semua fraksi rakyat Palestin dan juga meneruskan perjuangan kemerdekaan kini semuanya hancur. Kini, Abbas dilihat benar-benar menjadi alat rejim Zionis dan AS untuk mengekalkan penjajahan di bumi anak watannya sendiri.

Langkah Abbas sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Abbas mungkin terlupakan langkah sumbang mentornya, Yasser Arafat yang telah membawa kepada pembunuhan Arafat. Bukankah Arafat juga pernah memeterai persepakatan yang sama dahulu. Penubuhan PA, perlantikan beliau menjadi Presiden mutlak seumur hidup PA, kesemuanya dibayar dengan penindasan dan pengekangan ke atas perjuangan rakyat Palestin. Muhammad Dahlan yang berusia 33 tahun pada waktu itu telah dilantik menjadi Menteri Keselamatan dalam negeri PA. Beliau dengan jayanya telah menangkap, menyiksa dan membunuh para pejuang Palestin dari pelbagai fraksi perjuangan.

Beliau juga telah bertindak sebagai agen rejim penjajah untu menyerahkan para pejuang Palestin yang telah puas mereka sikasa untuk di”kerja”kan pula oleh rejim penjajah. Lihatlah persepakatan Wye River pada 23 Oktober 1998 di Maryland, AS. Arafat, pada waktu itu dengan jelas menwakili PA bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan rejim penjajah dan juga AS untuk “menghancurkan” perjuangan rakyatnya sendiri. Perjanjian dengan Benjamin Netanyahu dengan disaksikan oleh Clinton dan juga Raja Hussein pada waktu itu telah menyaksikan tekanan yang memuncak ke atsa para pejuang Palestin.

Seperti yang terkandung di dalam artikel 3,4,5 dan 6 mengenai keselamatan (security) memorandum Wye River , ternyata ianya menjurus kepada “manipulasi” penjajah Zionis ke atas Arafat untuk menghancurkan rakyatnya sendiri:

“ 3. In addition to bilateral Israeli-Palestinian security cooperation, a U.S.-Palestinian committee will meet weekly to review the steps being taken to eliminate terrorism.

4. The Palestinian side will apprehend specific individuals suspected of perpetrating acts of violence and terror for the purpose of further investigation, prosecution and punishment.

5. The Palestinian side will establish and vigorously and continuously implement a program for the collection and appropriate handling of illegal firearms.
6. The two sides agree that their security cooperation will be based on a spirit of partnership and will include:

a. Bilateral cooperation
b. An exchange of forensic expertise, training and other assistance
c. The establishment of a high ranking U.S.-Palestinian-Israeli committee which will meet not less than on a biweekly basis to assess current threats and deal with any impediments to security cooperation.”


Tindakan Abbas ini bagaikan mengiyakan tanggapan popular sedunia yang mengandaikan bahawa Abbas telah

digunakan oleh rejim Zionis dan Amerika Syarikat (AS) untuk menghancurkan perjuangan rakyatnya sendiri.


Apakah yang Arafat berjaya dapatkan dari usaha tersebut? Memanglah beliau mendapat habuan dunia yang telah menjadi rebutan konco-konconya selepas beliau mati diracun. Memanglah balunya mendapat habuan peninggalan harta berjuta-juta Dollar di Paris. Memanglah konco-konconya mendapat kekayaan yang mewah di kala anak-anak Palestin kelaparan dan terlarat di kem-kem pelarian. Walau bagaimanapun, tanggal Intifadah 2000, beliau telah disingkirkan oleh rejim penjajah yang satu waktu dahulu telah mempergunakannya. Beliau sendiri pun telah meninggal dunia setelah berbulan-bulan dijatuhkan hukuman berkurung di pejabatnya di Ramallah.

Beliau sendiri telah cuba dibunuh oleh rejim Zionis yang telah mempergunakannya untuk menangkap, menyiksa dan membunuh para pejuang anak bangsanya sendiri. Lebih malang lagi, Abbas sendiri pernah meletakkan jawatan memprotes Arafat di penghujung hayatnya apabila berlakunya konspirasi peringkat dalaman Fatah dengan bantuan Zionis untuk menggulingkan Arafat. Muhamamd Dahlan yang beliau manjakan sendiri telah memalukan Arafat di khlayak ramai dan menuduhnya sebagai korup dan diktator. Kesemuanya berlaku setelah beliau bertahun-tahun menjadi agen setia penjajah Zionis di buminya sendiri. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

Tidakkah pelajaran dari Arafat ini sudah cukup untuk dijadikan iktibar oleh Abbas? Tidakkah apa yang telah berlaku ke atas Saddam di Iraq juga menjadi satu pengajaran bagi Abbas?

Apakah Abbas bersedia untuk melihat dirinya akan dituduh sebagai pengkhianat dan korup oleh Muhammad Dahlan sendiri ?, Atau mungkin Abbas juga telah bersedia untuk dibunuh atau diserang oleh rejim Zionis sendiri apabila mereka tidak memerlukannya lagi