
Khamis, 19/07/07 –
Abu Zuhri menafikan penglibatan Hamas dalam kenyataan yang mengaitkan nama beliau Sami Abu Zuhri, jurucakap media Pergerakan Hamas berkata bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar dan media adalah bukan dikeluarkan oleh pihak Hamas dan menuduh pihak Fatah yang mereka-reka kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut termasuk “pengakuan†daripada Hamas bahawa ia adalah satu kesilapan besar mereka dalam menawan Semenanjung Gaza.
Abu Zuhri berkata bahawa kenyataan tersebut hanya akan memburukkan nama Hamas, dan ini adalah sebahagian daripada kempen untuk menentang pergerakan ini. Tambahnya lagi, “ hanya pihak yang lemah sahaja yang menggunakan cara ini selepas mereka tewas dan menyakitkan pihak lain,†dan kedudukan Hamas pada waktu ini adalah bersih dan mantap.
Berkenaan dengan permintaan Mahmoud Abbas untuk mengadakan pilihanraya, Abu Zuhri berkata bahawa Hamas masih tidak bersetuju untuk mengadakan pilihanraya awal, dan undang-undang juga tidak membenarkan keputusan tersebut. Abu Zuhri mengatakan bahawa “hanya perundingan†sahaja yang mampu menamatkan keadaan di wilayah Palestin sekarang ini.