Israel Ragui Niat Syiria Terhadapa Pelan Damai.


Isnin, 23/07/07 –Israel meragui niat Syria untuk menyambung semula rundingan damai dengan Israel sambil menganggap ia adalah satu cubaan Damsyik untuk memperbaiki imejnya di mata Eropah dan Amerika Syarikat.

Ia berlaku berikutan sumber Israel mengesahkan bahawa perbincangan telah dilakukan antara Tel Aviv dengan Damsyik dengan perantara ketiga.

Jurucakap kementerian luar Israel, Mark Rigif berkata selepas ucapan yang disampaikan Presiden Syria, Basyar Al Asad, “Israel bimbang Syria memperkatakan mengenai pelan damai bukan bertujuan untuk menandatangani perjanjian damai dengan kita, tetapi memperbaiki hubungannya dengan negara-negara Eropah dan Amerika Utara.”

Tambahnya, Syria menggunakan “isu Israel untuk memperbaiki keadaannya di arena antarabangsa, tanpa menyatakan kemahuan sebenar bagi berjinak-jinak dengan Israel serta mencapai perdamaian.”

Sumber tersebut berkata, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengajak Asad pada sembilan haribulan lalu untuk berunding secara langsung “di mana-mana tempat yang beliau pilih”.