Abbas Ajak Adakan Pilihanraya Lebih Awal , Hamas Tolak.


Isnin, 23/07/07 –

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyeru supaya mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menyelesaikan konflik yang melanda rakyat Palestin berikutan Hamas telah menguasai Semenanjung Ghaza pada pertengahan bulan lalu. Namun, pertubuhan itu menolak sekeras-kerasnya seruan itu.

Seruan Abbas situ dinyatakan di dalam ucapan yang disampaikannya dalam pembukaan persidangan Majlis Pusat bagi pertubuhan Fatah selama dua hari yang membincangkan tentang perkembangan terkini rakyat Palestin.

Presiden Abbas berkata, beliau akan meminta Majlis Pusat yang dikira sebagai tempat rujukan bagi pihak berkuasa tempatan yang bersetuju untuk mengadakan pilihanraya umum dan presiden lebih awal.

Beliau menyatakan bahawa sekiranya Majlis memberi kelulusan cadangannya itu, maka beliau akan mengeluarkan perintah presiden bagi melaksanakannya dan ia tidak memerlukan kepada persetujuan pertubuhan Hamas. Beliau juga mengulangi keengganannya untuk berunding dengan mereka yang dilabelkan sebagai kumpulan pengguling iaitu Hamas.