Hamas : Kemenangan Erdogan Isyarat Kembalinya Program Islam di Turki


Isnin, 30/07/07 –
Jurucakap Gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri menganggap kemenangan Parti
Pembangunan dan Keadilan dalam pilihan raya umum Turki Ahad, (22/7) akan membawa
Turki kembali melaksanakan proram-program Islam.

Pernyataan ini dinyatakan Abu Zuhri, selepas kemenangan Parti Pembangunan dan
Keadilan di Turki Ahad lepas. Abu Zuhri mengatakan, kemenangan tersebut merupakan
gambaran keyakinan umat Islam bahawa tidak ada masa depan paling baik bagi mereka
kecuali dalam naungan Islam.

Abu Zuhri menegaskan, kemenangan besar kelompok Islam di Turki adalah hasil dari
toleransi hidup berdampingan dengan kumpulan lain. Kemenangan Islam tidak
disandarkan atas kudeta atau kekacauan politik, tetapi merupakan hasil daripada
keyakinan, ketentaraman dan saling memahami antara satu sama lain.

Parti Keadilan dan Pembangunan memenangi majoriti kerusi parlimen dalam pilihan raya
umum tersebut. Parti Keadilan dan Pembangunan adalah parti yang berasaskan massa
Islam walaupun bukan parti Islam. Parti ini bersaing dengan beberapa parti lainnya.
Dalam salah satu ucapan, parti ini menyatakan sokongan terhadap sekularisme Turki.
Parti ini juga menghindari pertembungan dengan parti lain berkait isu Islamisasi
negara tersebut.

Parti Keadilan dan Pembangunan yang dipimpin oleh Rejep Toyib Erdogan memperoleh 48
% suara, yang memungkinkan Erdogan membentuk pemerintahan sendiri. Sementara parti
lainya hanya memperolehi setengah suara dari Keadilan.

Ahad (22/7), Turki mengadakan pemilihan umum yang melibatkan47 juta rakyatnya.
Jumlah ini merupakan yang terbesar sepanjang sejarah pilihan raya umum negara
tersebut. Namun kemenangan ini merupakan kali kedua bagi Erdogan dan mendapat
kemenangan lebih besar berbanding hasil pilihan raya yang lalu.