
Selasa, 31/07/07 –
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrullah berkata, partinya masih lagi mempunyai kemampuan peluru berpandu yang boleh mengenai sebarang sasaran atau tempat di Israel. Dan Syria juga telah bersedia untuk masuk ke kancah peperangan dengan Israel pada Julai 2006.
Beliau menjelaskan dalam temubual dengan Aljazeera sempena ulang tahun pertama peperangan Julai 2006 antara Hizbullah dan Israel bahawa, “tidak ada satu tempat pun di Palestin yang dijajah itu tidak dapat dijejaki oleh peluru berpandu kami pada Julai dan Ogos 2006 laluâ€. Tambahnya, perkara ini “masih lagi wujud setakat iniâ€.
Beliau berkata, tempat-tempat yang dibom oleh pesawat-pesawat Israel dalam peperangan pertama tidak mengenai simpanan peluru berpandu Hizbullah sambil mengesahkan, “simpanan-simpanan tersebut tidak terkena bedilanâ€.
Beliau berkata, “apa yang saya tahu, Syria telah memaklumkan kepada Israel melalui perantara bahawa ia tidak akan berdiri melihat sahaja sekiranya dua kawasan sempadannya dengan Lubnan di sebelah barat mencapai sebarang kemajuan.