Olmert Tolak Syarat Asad


Selasa, 31/07/07 –
Ankara mengakui menjadi orang tengah bagi pelan damai antara Damsyik dan Tel Aviv, apabila kerajaan Israel sekali lagi menolak syarat Damsyik bagi menggerakkan rundingan damai.

Menteri Luar Turki, Abdullah Ghul berkata dalam kenyataan kepada Aljazeera berkata bahawa beliau berusaha sedaya upaya mendekatkan jurang pendapat antara Syria dan Israel bagi mencapai keamanan antara mereka berdua.

Ghul menambah bahawa kedua-dua pihak mensia-siakan banyak peluang untuk mencapai kemajuan bagi menghapuskan jurang pertelingkahan antara mereka. Kenyataan Ghul dibuat sebagai mengulas berita yang mengatakan bahawa beliau menjadi sebagai perantara rahsia antara Damsyik dan Tel Aviv.

Basyar Al Asad tekah berkata pada minggu lepas bahawa pihak ketiga “yang kami percaya” berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat antara negaranya dan Israel.