
Rabu, 01/08/07 –Perbezaan diantara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Ketua Jabatan Politik PLO, Farouq Qaddoumi timbul lagi Isnin lepas mengenai siapa yang harus mewakili Palestin dalam persidangan menteri-menteri luar Arab.
Sumber penduduk Palestin berkata Abbas telah menyerahkan Perdana Menteri kerajaannya yang tidak mengikut perlembagaan iaitu Salam Fayyad, yang merupakan Menteri Luar untuk menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar Arab di Kaherah pada Isnin lalu.
Penyerahan hak menyebabkan timbul ketegangan dalam hubungan antara Abbas dan Qaddoumi yang menganggap dirinya menteri luar Palestin yang sah. Qaddoumi berharap untuk menghadiri persidangan itu bagi menggesa ketua diplomat Arab agar menjadi pengantara dalam merasmikan dialog di antara Fatah dan gerakan Hamas manakala Abbas berkeras mengatakan Fayyad ditugaskan ke persidangan itu untuk mengambil alih kedudukan Abbas dalam menolak usaha berdialog dengan Pergerakan Hamas.